Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Chew the Fat . . . Away

Benefit of chewing gum on dental health


British researchers found that chewing gum may help curb your cravings. When people chomped on sugarless gum for at least 15 minutes one hour after eating and then again at the two-hour mark, their desire for sweets decreased by 11 percent compared with that of study participants who didn't work their jaws. The gum chewers also downed, on average, 36 fewer calories when they were turned loose on a buffet of sweet and salty snacks three hours after lunch.

Although the researchers aren't sure why chewing sugarless gum helps, they suggest that because it exposes your tastebuds to sweetness, it could send a hunger-reducing signal to your brain. Interestingly, those who were the most calorie-conscious experienced an even greater effect from the gum, says study author Marion Hetherington, Ph.D.

source dari sini

Thursday, January 5, 2012

TAKUT TAHAP CIPAN BERANAK 8...

Salam,

Sejak beberapa hari ni saya sudah mula berjoging, walaupun cume beberapa kali tapi saya berusaha meluangkan masa untuk joging...saya juga cuba mengamalkan makanan yang sihat. tapi dugaan teramat sangat kuat.semalam pergi chow kit jupe adik pastu ape lagi kat situ banyak kedai makan thai so pekena la ikan kembong goreng pedas dan nasi goreng pada pukul dalam 7 petang...joging xpergi..so ape lagi perut terus menaikkan kebuncitan macam diletak yis..adoi la...macamane ni badan saya cepat naik dan xturun2...sebelum tu baju yang baru beli boleh je pakai...lepas makan semalam dah xboleh butang kat area perut...saya takut...OBESITI...semua ni punca kepada pelbagai penyakit..saya takut...xkan muda2 da nak ada penyakit...sori saya xmuda lagi dah 26 tahun and ade daughter sorang...

Saya takut sangat2.banyak betul dugaan...Datuk GM cakap nak bukak franchaise kat bangladesh...Datuk hantar saya pun ok..mane tau duk kat tempat orang saya akan berenti makan...hehe...so baca la keratan dari Utusan Malaysia kat bawah ni.


Obesiti


penyakit bukan keadaan


KISAH BENAR:
SITI (bukan nama sebenar), 47, sudah lima tahun mengidap kencing manis. Dia juga mempunyai kolestrol tinggi, darah tinggi dan sering berulang alik ke klinik pakar untuk rawatan selama lima tahun kebelakangan ini.
Pada Disember 2011, pemeriksaan menunjukkan kencing manisnya tidak terkawal manakala darah tinggi dan kolesterol semakin meningkat. Kemudian, doktor memberi tiga jenis ubat pada tahun pertama, lima jenis pada tahun ketiga dan enam jenis pada tahun kelima sehingga sekarang.
Siti mempunyai berat badan 101 kilogram (kg), ketinggian 166 sentimeter (sm), Body Mass Indeks atau BMI 35. 2 manakala tahun sebelumnya adalah 89 kg dengan BMI 33.
Susunan penyakit bagi pandangan pesakit (bila ditanya) mengikut urutan adalah kencing manis, darah tinggi dan kolesterol. Pesakit tidak mengetahui bahawa obesiti adalah penyakit bukan keadaan.
“Ramai pesakit tidak menganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, seseorang pesakit perlu meletakkan obesiti dalam kedudukan pertama, diikuti kencing manis, kolesterol, darah tinggi dan hati berlemak, strok, sakit jantung, barah hepar dan barah usus (boleh berlaku mengikut kajian dan statistik jika tidak dirawat).
Dalam hal ini, sebenarnya obesiti merupakan punca utama segala penyakit lain,” ujar Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Gastroenterologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Datuk Dr Ahmad Shukri bin Md Salleh.
Tambah Dr. Ahmad Shukri, masalah timbul apabila orang ramai dan pesakit tidak menganggap obesiti sebagai satu penyakit.
Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.
“Jika orang ramai merawat obesiti, mereka melakukannya hanya untuk tujuan kosmetik dan bukan perubatan. Terdapat dua kategori pesakit yang datang ke klinik saya iaitu golongan untuk menyambung ubat dan kedua adalah untuk berubat. Sekiranya pesakit yang datang ke klinik untuk menyambung ubat, tidak banyak perubahan yang dicapai dari segi tahap kesihatan. Mereka akan mengambil empat hingga lima jenis ubat dan bacaan gula atau tekanan darah dalam keadaan normal tetapi berat badan semakin bertambah. Maka keadaan mereka yang sihat adalah sementara.
Apabila ubat dikurangkan, penyakit akan menjadi tidak terkawal semula. Jadi ubat perlu disambung, mereka datang ke klinik hanya sekadar untuk menyambung ubat dan bukan untuk berubat,” ujarnya.
Dr . Ahmad Shukri memberitahu, golongan yang datang untuk berubat adalah lebih proaktif.
Setelah mengetahui penyakit yang dihidapi, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merawat penyakit sedia ada dan mengelak penyakit lain yang boleh berlaku pada masa akan datang.
Maka kita dapati bacaan gula, tekanan darah, kolesterol akan bertambah baik dan berat badan menurun sehingga ke tahap yang ideal.
Ini menunjukkan obesiti sebenarnya menentukan baik buruknya keadaan fizikal seseorang dari segi perubatan.
Pemakanan
Dr. Ahmad Shukri menyarankan beberapa rawatan obesiti termasuk mengurangkan makan terutama waktu malam, kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng.
“Cara pemakanan atau menu anda juga perlu ditukar seperti mengamalkan makanan rebus atau panggang serta berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran (sebaik-baiknya yang mentah), buah-buahan kurang manis dan kurang lemak seperti epal, jambu dan lain-lain.
“Golongan obes juga perlu banyak bersenam seperti menggunakan tangga semasa di pejabat,” katanya.
Justeru anda tidak perlu suplemen atau ubat untuk mengurangkan berat badan sekiranya mengamalkan nasihat di atas.
Beliau mengulangi bahawa obesiti adalah satu penyakit dan bukan keadaan yang boleh diambil ringan. Ini kerana obesiti adalah antara punca utama kencing manis, darah tinggi, kolesterol, barah kolon dan lain-lain.

sumber dari sini

Wednesday, January 4, 2012

Salam Takziah...Dalam Kenangan ~AHMAD ROMAIDZI ISMAIL~




Selamat pagi,

Hari ni pukul 4 pagi, perginya seorang teman sepermainan ku sewaktu kecil bila pulang ke kampung~~Melawi, Bachok. MY COUSIN~~ AHMAD ROMAIDZI..mmm yang saya tau dia meninggal kerana sakit buah pinggang...so hari ni saya nak share info yang saya baca mengenai buah pinggang

image googled
BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi. 

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang. 

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Ni serba sedikit dari apa yang saya google dan baca

So, sama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan. saya makin takut dengan pertambahan berat badan yang saya alami,sekarang petang-petang saya akan cuba pergi joging walaupun banyak halangan dengan berbagai kerja tahap menteri.

lots of love,
wZ