![]() |
| BAJU RAYA CINA NIA |
Saturday, January 21, 2012
NIA PUN RAYA JUGA...
Labels:
NIA
Wednesday, January 18, 2012
Wordless Wednesday:Heartbroken..
Labels:
wordless wednesday
Monday, January 16, 2012
ape yang buat saya rindu terengganu?
mmm entry kali ni memang membuat saya sambil menaip sambil telan air liur
pastu ape ag yea kalau dalam hal makan yang saya rindu?...mmm kena pikir dulu...bab lain yang saya rindu terengganu memang penting ni...
first,saya teramat nak makan nasi dagang pure buatan TERENGGANU...dengan ikan AYA@TONGKOL dengan kuah nasi dagang terengganu letak cili padi dan belimbing buluh...pergh...memang meletop...
| image googled |
| image googled |
next saya rindu nak makan lagi Nasi lemak Ikan
owh my faveret ever...nasi lemak ikan aya @ tongkol dengan bilis,kangkung celur,telur...pergh..kecur air liur...dengan sambal yang best...wah...nasi lemak kat bulatan ladang memang dalam bayangan...
| image googled |
pastu faveret saya yang memang tak boleh nak blah ialah Laksa Kuah Putih
mau saya xnangis kalau teringat kat terengganu...adoi la...bila la nak dapat keje best dan menetap kat terengganu..
![]() |
| image googled |
selepas laksa saya nak makang yang memang popular gila nih...kerepok lekor yang lepas gentel terus goreng..bukan yang rebus dulu baru goreng...wahhh sungguh buat perut pening...
| image googled |
Pantai Batu Buruk yang menenangkan..bila tension je...turun rumah start kete sapa pantai ni...memang mendamaikan...
![]() |
| image googled |
haa saya da ingat saya rindu nak makan nasi minyak...kat kl ni mane ade pagi-pagi orang jual nasi minyak...nasi minyak lauk daging...kalau lauk daging memang best tapi bab kate cousin saya...kalau daging keras macam selipar jepun baik xpayah...
| image googled |
kemudian lagi dan lagi rindu nak minum air tuak aiskrim kat cendering hampir2 ngan rusila tu pergh...menguji keimanan betul...makan plak ngan lempeng...wah sungguh mabeles...
| image googled |
![]() |
| image googled |
lagi saya rindu nak makan kuih qasidah...nenek saya buat memang xde tandingan...kuih ni mahal sekarang kalau dulu murah je...kat kl ni xde la...xpernah jupe
| Image googled |
lagi dan lagi x10kali
ikan singgang ikan aya wah best sunggoh la..makan dengan budu...memang xtengok kiri kanan...
![]() |
| image googled |
dah la saya nak stop dah...sebab da pening pikir pasal rindu terengganu...99% pasal makanan...memang menggemukkan saya yang gemuk...nak kata kat kl ni makanan xbest kenapa saya gemuk jugak duk sini...?mmm no komen..
Labels:
food
Saturday, January 14, 2012
Chew the Fat . . . Away
British researchers found that chewing gum may help curb your cravings. When people chomped on sugarless gum for at least 15 minutes one hour after eating and then again at the two-hour mark, their desire for sweets decreased by 11 percent compared with that of study participants who didn't work their jaws. The gum chewers also downed, on average, 36 fewer calories when they were turned loose on a buffet of sweet and salty snacks three hours after lunch.
Although the researchers aren't sure why chewing sugarless gum helps, they suggest that because it exposes your tastebuds to sweetness, it could send a hunger-reducing signal to your brain. Interestingly, those who were the most calorie-conscious experienced an even greater effect from the gum, says study author Marion Hetherington, Ph.D.
source dari sini
Labels:
health
RINDU...MERINDU...KERINDUAN...
| image googled |
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PADA SESEORANG
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BERNAMA
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
NIA
Labels:
NIA
Thursday, January 12, 2012
ANAK DARA SAYA DAH BESAR...
![]() |
| Nia di ofis papa |
30 JANUARI 2012 ni genap la umur puteri saya 2 tahun, sedar tak sedar nia dah besar. Masih terbayang lagi masa baru melahirkan Nia...pukul 3 pagi bangun tukar pampers,menyusu nia sebaik saja nia keluar dari perut saya.
Saya bersyukur dikurniakan anugerah terindah dalam hidup saya. menjaga nia bukanlah susah. Saya harap nia akan jadi anak yang pintar macam ibu...
the latest vocab nia baru pandai sebut turtle...dengan suara yang halus saya dengar dia sebut masa papa call tur...tle..hehe...terharu sangat...
hobi nia ialah menari...pantang dengar lagu dia akan menari pusing-pusing and ialah seorang yang garang mungkin sebab dia lahir pukul 1 tengah hari kot...haha...
So kat bawah ni artikel yang saya copy berdasarkan perkembangan bayi umur 2 tahun.
Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru.
Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.
![]() |
| Hobi bila bertemu pen dan kertas |
Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½ hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun.
Perkembangan Fizikal – Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.
![]() |
| anak dara rajin |
Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat.
Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.
sumber dari sini
Labels:
NIA
Wednesday, January 11, 2012
RASE NAK MELETOP!!!
| image googled |
Salam (salam tetap bagi walau nak marah),
Hari ni kerja dalam keadaan tension...saya masih xtahu status kerja saya...saya xkisah saya di extend probation and whatever bation pun tapi please bagitahu saya ape my status...geram tahap nak nangis...**sabar2 wahidah awak boleh sabar sebanyak yang mungkin...
bila nak dapat kerja yang menjamin ni...
Labels:
me
Subscribe to:
Posts (Atom)







