Thursday, September 22, 2011

Teramat ingin menurunkan berat badan

selamat malam,

saya terlalu obses untuk kurus tapi tak tahu macam mana nak kurus dengan cara yang betul...maksud saya bukan KURUS. tapi berat badan turun ke BERAT BADAN IDEAL. susah tahu x? lebih-lebih lagi selepas delivered Nia..lagila susah...bila da ajar diri melantak macam jerung lapar..

saya impikan badan saya kembali langsing seperti di tingkatan 5...ala2 model gitu..nanti saya cari pic tu balik k...xingat da letak mane. tapi kalu jadi macam ni pun da ok..
image googled

bibir pun nak jadi macam angelina jolie..huhu..

saya nak langsing dengan cara yang mudah dan jimat...saya cuba kurangkan kuantiti pengambilan NASI tapi saya rasa makan dengan keadaan tanpa soul..

saya akan cube kembali ke bentuk badan yang unggul...AKAN!!!

 lots of love,
wahidah zakaria

Sunday, September 18, 2011

~kerinduan~

selamat malam,

apa yang korang rase kalau ade anak tapi terpaksa berjauhan, hanya boleh dengar suara je.?

bagi saya sebagai seorang ibu, itu teramat perit untuk saya lalui..dan saya sedang melaluinya. melalui ketentuan Illahi yang cukup berat untuk saya hadapi, berpisah dengan KARUNIA BATRISYA.


NUR ALEEYA BATRISYA
1 YEAR & 8 MONTHS

 


Saya tabah hadapi dugaan hari ini kerana telah tersedar dari kesilapan lalu..kerana terlalu ikutkan hati, masa depan saya hancur. saya bangkit hari ini kerana saya tahu saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong saya. 

Saya sekarang sudah boleh tersenyum riang semula dengan hati yang terbuka mengharungi liku-liku kehidupan harian dengan semangat baru setiap hari.

Saya merindui Karunia, hanya bantal dia saja yang boleh menggantikan dirinya bila saya nak tidur. kalau dulu malam-malam sebelum tidur saya akan peluk dia, cium dia, dan susukan dia.

Rutin kehidupan harian saya berubah sekarang hanya kerja dan balik rumah dan tidur, kalau dulu saya balik ambil Nia dari rumah pengasuh,bagi Nia makan dan main dengan die sebelum tidur. Hari minggu saya akan bawa dia bermain dan berjalan di taman permainan.

Tapi saya tahu sekarang Nia lebih bahagia tinggal dengan Kifa dan Bunda. Segala kesenangan, dan kebahagian ada di sana. Saya mampu memberikan semua itu tapi hanya mampu memberikan secukupnya dan tak boleh berlebihan. Saya sedang berusaha untuk memberikan Nia yang terbaik...Saya sentiasa berharap saya akan mendapat rezeki yang melimpah ruah supaya Nia tidak hampa mempunyai ibu seperti saya.. Saya berdoa supaya saya mendapat pekerjaan yang lebih baik dan bersesuaian dengan kelulusan saya.

saya mahu membalas jasa ibu bapa saya, saya mahu menjadi seperti kawan-kawan. saya mahu hidup dengan ketenangan yang saya kejar selama ini.

Lots of love,
Wahidah Zakaria


Friday, September 16, 2011

Saya bermula sekali lagi




Every new beginning comes from some other beginning's end.
- Seneca 

salam,

da lama saya tak berblog since my life yang tramat complicated.sume salah diri sendiri yang terlalu percayakan janji palsu...saya menyesal dan saya sedang bangkit dari kesilapan lalu...syukur kerana saya ada keluarga dan kawan2 yang masih terus menyokong saya, yang saya tahu saya xakan berpatah balik pada kehidupan lalu..

saya sekarang dah mula bekerja,walaupun dengan gaji xseberapa saya bangga kerana sekarang saya tahu berdikari..walaupun da xsemewah dulu, tak boleh berbelanja sesuka hati tanpa risaukan duit, saya tahu...sekarang saya sedang diuji untuk mensyukuri nikmat yang Esa..

my KARUNIA? mmm die sekarang tinggal ngan parent saya kat Jakarta,sebab parent saya bertugas di kedutaan Malaysia di Jakarta Selatan..die semakin manja ngan mak ayah saya sampaikan kalau call, die xnak cakap ngan saya..die manja ngan mama saya...sape sangka ibu saya yang saya paling tak rapat dulu sebab kegarangan dia, paling rapat dengan Karunia..

saya mensyukuri nikmat kehidupan hari ini kerana saya boleh tersenyum riang dengan penampilan yang lebih meyakinkan, tak macam dulu...dulu keyakinan saya tak ada langsung...tapi sekarang saya bangkit dari pengalaman pahit..

new me

lots of love,
wahidah zakaria

Friday, October 22, 2010

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  •  Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.  Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Friday, October 15, 2010

nia tumbuh gigi..

smalam ms bg susu da rase lain macam tp besela gusi nia pn tjam ape..tb2 pkul 5 td aku suap mknan kat die tgk sesuatu yg putih telah tumbuh...rupa2nya gigi...trukla aku pasni...

Monday, October 11, 2010

cupcake

yummy!!
geram tgk cupcake comel2...trase jgak nk buat cupcake...bufday nia pun da dekat...tp xpndai...lgpun nia still kcik...nnti xpasal2 nia duk atas cupcake...anyone plz teach me??

Thursday, October 7, 2010

Nia yang rajin

nia baru je pndai crawling...huhuhu...dalam 2 minggu yang lepas n tramat aktif...bayangkan aku bangun tido hari ni tgk2 die xde kat tepi...blh bayang x perasaan aku tym tu...rupa2nya die pegi 'kemas' bilik uncle die...

pendek kate memang die banyak keje hari2..bangun tido mesti nangis nak didukung...usik mama tido...tarik rambut mama macam ade uban...kalu celik mate tengok die mesti tersengih nampak gusi je...nak ajak orang gurau ngan die...kalu bab mandi paling die xsuke...malas mandi kot...mesti menjerit xnk mandi kot...sekarang aktif crawling n ade je keje die...kemas baju die la...leka sikit je tgk2 kat kasut da...kemas kasut...panjat situ...panjat sini...letih sangat2...nangis tiap mase...xtau ape yang die nak...
NIA TOLONG KEMAS HER WARDROBE


tapi die la penawar segala kesedihanku...