selamat malam,
apa yang korang rase kalau ade anak tapi terpaksa berjauhan, hanya boleh dengar suara je.?
bagi saya sebagai seorang ibu, itu teramat perit untuk saya lalui..dan saya sedang melaluinya. melalui ketentuan Illahi yang cukup berat untuk saya hadapi, berpisah dengan
KARUNIA BATRISYA.
 |
NUR ALEEYA BATRISYA
1 YEAR & 8 MONTHS
|
Saya tabah hadapi dugaan hari ini kerana telah tersedar dari kesilapan lalu..kerana terlalu ikutkan hati, masa depan saya hancur. saya bangkit hari ini kerana saya tahu saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong saya.
Saya sekarang sudah boleh tersenyum riang semula dengan hati yang terbuka mengharungi liku-liku kehidupan harian dengan semangat baru setiap hari.
Saya merindui Karunia, hanya bantal dia saja yang boleh menggantikan dirinya bila saya nak tidur. kalau dulu malam-malam sebelum tidur saya akan peluk dia, cium dia, dan susukan dia.
Rutin kehidupan harian saya berubah sekarang hanya kerja dan balik rumah dan tidur, kalau dulu saya balik ambil Nia dari rumah pengasuh,bagi Nia makan dan main dengan die sebelum tidur. Hari minggu saya akan bawa dia bermain dan berjalan di taman permainan.
Tapi saya tahu sekarang Nia lebih bahagia tinggal dengan Kifa dan Bunda. Segala kesenangan, dan kebahagian ada di sana. Saya mampu memberikan semua itu tapi hanya mampu memberikan secukupnya dan tak boleh berlebihan. Saya sedang berusaha untuk memberikan Nia yang terbaik...Saya sentiasa berharap saya akan mendapat rezeki yang melimpah ruah supaya Nia tidak hampa mempunyai ibu seperti saya.. Saya berdoa supaya saya mendapat pekerjaan yang lebih baik dan bersesuaian dengan kelulusan saya.
saya mahu membalas jasa ibu bapa saya, saya mahu menjadi seperti kawan-kawan. saya mahu hidup dengan ketenangan yang saya kejar selama ini.
Lots of love,
Wahidah Zakaria